Wednesday, February 10, 2010

double celebrations

Arini birthday abang kembarku, Bu and Jang..huhu...aku kenal dorang thru Belong kat Dungun on 29th April 2005...segar lagi kat ingatan aku ni macam mana pertemuan kali pertama..hahaha..dua2 terlopong tengok aku, tiba2 je sembang macam dah kenal bertahun..hehe..

pastu berkekalan la sampai ke arini hubungan persahabatan ni, or lebih kepada hubungan adik badik..Bu and Jang adalah insan penting dalam idup aku, sangat penting...terlalu banyak dorang support aku dalam idup ni dari segala segi...

So, today, i would like to wish both of them

.....HAPPY 24th BIRTHDAY.....

untuk Bu :

comel kan bu saye?? hehehe..memang kene marah pasni..

-bu tetap bantal paling comel bagi yah, hehehe...jaga kabu tu molek2...
-thanks 4 everything..
-may all ur wishes come true...
-semoga berjaya dalam idup, panjang umur, muroh rezeki..
-semoga jumpa jodoh yang baik2..(tapi, kena mitok restu yah dulu, kahkahkah...)
-frens forever... muahhx...


untuk Jang :

macho ke??? :P lariiiiiiiiiii...

-time kasih jadi abang yang baik walaupun kadang2 dok baik mane..hahahha..
-thanks jang untuk segala2 nya..
-blajo molek, dapat keje molek..amin..
-semoga berkekalan jodoh ngan dila hingga ke jinjang pelamin and sampai ke akhir hayat..
-frens forever..muahhxx...


luv u both..... :D

Monday, February 8, 2010

HISTERIA part2

Malam tu, bila aku sampai je, bebudak tengah test baju celoreng yang disediakan oleh penaja..set lengkap la, from top to toe..pastu tetiba Pegawai Pemantau Kadet Bomba datang kat aku, mintak aku jadi emcee untuk Majlis Penutup...huhu..dah la aku tak bawak baju yang formal, t-shirt lengan panjang ade la aku spare sehelai untuk esok nya..

tapi, bomba tu bagitau, takpe, besok pagi-pagi balik umah dulu tukar baju bagai..so, bermulalah kerja membuat teks ucapan berdasarkan tentatif program..Ijah duk lepak dalam bilik je..kebetulan, ada sorang lagi cikgu pompuan sampai dari sekolah lain, datang sekali ngan anak dia 2orang, kecik lagi..so, aku and Ijah ade teman la malam tu..

Dalam kul 1.30 pagi camtu, mata aku dah layu, so ajak la Ijah tido..Cikgu yang sorang lagi pon dah layu, anak2 dia pon dah tido..baru nak lelap mata, TIBA2 ada orang ketuk pintu :

"cikgu! cikgu! mintak tolong cikgu..ada budak perempuan masalah sket ni!"

aku pon berlari kuar menuju ke padang kawad, anak murid aku pengsan..aku tanya kawan dia kenapa dia tiba2 pengsan? kawan dia bgtau la, dia tiba2 nangis, mula2 pelan, then makin kuat, pastu pengsan..

Ktaorang pakat angkat ramai2, tapi tak larat, memang berat gile...sedangkan students aku tu kecik je, kecik dari aku..so, bomba tolong angkat, tu pon agak susah, memang berat..then, bawak la dia ke bilik urusetia, basahkan muka dia, sorang ustaz datang baca pape yang patut..suruh dia buka mata, dia buka..tapi terus nangis, makin kuat..aku pegang tangan dia, arahkan muka dia ke arah aku :

"dik, tengok muka cikgu ni..jangan tengok lain..cikgu ade ngan awak ni...mengucap dik...ikut cikgu mengucap.."

dia nangis lagi..dia bgtau dia takut..aku pujuk lagi..baca ayat2 kursi, then semua peserta baca Surah Yasin beramai2 dalam bilik masing2..lama pastu dia tertido, tapi dalam keadaan tangan dia genggam tangan aku..bila aku lepaskan genggaman tu, dia terjaga, nak nangis balik, then aku tenangkan semula..tiba2 dia bercakap :

"cikgu, boleh tolong saya tak?"
"tolong apa?"
"tolong ambilkan pencil case saya dalam beg.."
"nak buat apa?"
"saya nak ambil ayat kursi dalam tu, nak baca.."

aku lega sangat..Alhamdulillah....

lepas dia baca ayat kursi tu 2,3 kali, dia makin tenang and tertido dengan sendiri..aku pon masuk dorm aku..Ijah memang tak tido, teruja ngan pengalaman baru ni..

Then, aku pon tarik selimut...dah baca doa tido bagai..tiba2 :

"arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!"


**bersambung..panjang sangat dh ni..
sory..ade kelas..

Sunday, February 7, 2010

HISTERIA

Jumaat aritu aku ditugaskan untuk memantau students sekolah aku yang menyertai Kursus Ketua & Penolong Ketua Platun Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia bagi daerah Hulu Terengganu yang diadakan di Pusat Ko-Kurikulum SK Menerong.(ayat skema ni..) So, aku pun pi lah kat sana, ajak Ijah teman, gi ngan kete ayah ku, jalan bapak HELL..sumpah taknak lalu lagi dah selagi tak baiki jalan tu..Sampai je kat sana, aku je cikgu pompuan yang ada, so, dah agak boring kat situ..tengok la rehearsal untuk majlis penutup esoknya..tengok2, boring gak, then time aku pikir-pikir nak balik, datang la 4 orang cikgu perempuan dari sekolah lain, so, tak jadi la nak balik..aku pun gi makan ngan bomba-bomba yang bertugas, semua kawan ayah aku, so, aku dah kenal and biasa ngan dorang..dulu, time kekecik, takde air kat umah, mesti pi Balai Bomba nak mandi, kah kah kah..klakar gila kalau ingat-ingat zaman kecik2..besar2 nak buat camtu lagi, gilo apo???? hahaha...

Pastu, cikgu2 pompuan ni bincangla sape nak stay malam tu, sebab takde cikgu perempuan yang stay akan menyebabkan susah sket nak uruskan kadet perempuan..sebab, malam sebelum tu, ada sorang pengsan, kebetulan ada sorang cikgu perempuan sampai, so, ok la sikit.. yela, bomba pon tak best la nak bertindak pape kan, paham-paham sendiri la ye..tolong angkat boleh la, the rest??

so, it's convenient la kalau ada cikgu pompuan yang stay...So, cikgu2 lain ni semua dah kawen, ade anak, suami, so takkan nak tinggal kan?? dorang pon mintak la aku stay..hmm...aku cam berat ati gak memula, tapi, kesian lak kat cikgu2 tu..so, tengahari tu aku balik dulu, rehat kat umah, malam nya dalam kul9 malam camtu, bomba datang ambik kat umah sebab ai malas nak drive, dah ku kata jalan cam HELL kan..hehee..ijah pun ku ajak jugak, mane boleh sorang2...hehehejadi..bermula lah kisah2 yang menjadi pengalaman bagi aku pada malam tu....aku sambung pasni..ade kelas..tenet lembab..muahhxx..

Thursday, February 4, 2010

S.I.T.U.A.S.I

Setiap hari dalam 2 minggu aku mengajar kat sini, ada dua situasi yang sering berlaku pada aku. Sampai satu tahap, aku dah malas and kalau boleh nak elak terus dari these situations.

(semua dialog telah dialihbahasa ke bahasa percakapan standard. harap maklum. hikhik.)

SITUASI 1

Seorang, dua orang ataupun kadang-kadang sekumpulan pelajar lelaki bertanya aku tentang Ijah. Ya, pasal adik aku yang form2.

students : cikgu, cikgu ada adik tak?
aku : ada, ramai.
students : ada tak nama hafiezah? sekolah SMKTAI, form 2?
aku : hafiezah?? takde..
students : ye ke ni cikgu? saya tengok muka cikgu ada iras dia la..
aku : ye ke? sape dia tu? tak kenal la.
students : cikgu, tak baik tak mengaku adik-badik...
aku : yelah2..adik cikgu la tu..k la, cikgu ada keje sket..
students : cikgu, kirim salam kat dia eh..dia lawa ar cikgu, ramai-ramai dak pompuan form 2. dia paling lawa..adik badik cikgu lawa2 ke?
aku : ?????????????????????? (kembang semangkuk dalam hati kerana soklan terakhir itu, hahahaha)

SITUASI 2

Seorang, dua orang and kadang-kadang sekumpulan pelajar perempuan bertanyakan aku pasal Ayie. Ya. Ayie. Adik aku yang umur 18 tahun, lepasan SPM tahun lepas.

students : Cikgu, cikgu duk kampung mana?
aku : Kampung Langgar.
students : cikgu ada adik tak?
aku : hmmm....
students : adik laki ada tak? yang dah abis sekolah..
aku : ada.
students : (senyum2, lari-lari anak sesama dorang menuju ke tempat lain sambil mulut terkumat-kamit sebut dengan nada berbisik "ayie, ayie...")
aku : *sigh*

Aku dah malas..huhu..nampak je bebudak yang namapk senyum lain macam and nampak muka cam nak bertanya sesuatu, aku terus lari..hahahha...gilos..

Wednesday, February 3, 2010

senangnye....

Senang gila nak tanda kertas peperiksaan budak2 tingkatan 3 ni..nak2 kelas belakang..tengok la ni..
hehehe..telur ayam terus wei..mula2 aku bukak kertas jawapan ni, penuh jawapan dia, tapi rupa-rupanya dia salin balik soalan tu...haih..macam-macam...hmm..

and tengok lak ni result akhir semua pelajar, tengok column paling kanan, paling tinggi pon 50%, yang lain paham2 jelah ye, gred D n E lor jawabnya..dorang absolutely dah lupa apa yang dorang belajar time form 1 & 2, sebab utama of kos la tak buat revision..huhu...aku dah nak balik ni, till then, miss u all....
muahhxx...